March 26, 2012

Memilih Course yang Betul dan Tepat

Share

Assalamualaikum...

Ekceli sebelum result kua lagi aku da pening. N lepas result kua bertambah-tambah la ketensenanku. Ari tu pegi program Jom Masuk U mini. Program ni len ngan Karnival Jom Masuk U yg semua ipta n ipts jelajah seluruh negara. Program Jom Masuk U ni patutnye diadakan kat KB je tapi atas usaha orang atasan, boley je diadakan kat Tanah Merah pulak.

Intipati nye pun lain. Yg ni siap bagi taklimat sal UPU oleh Penolong Pengarah UPU (law tak silap, law silap sori doe), taklimat matrikulasi oleh orang kuat bahagian matrik KPM, kolej komuniti n PTPTN. Aku just dengar taklimat upu jek pastuh aku balik. .keh3. .mengantuk laa lama2 dalam dewan tu. Abah aku pun da tak de mood nak tunggu aku lama2.

Aku sempat catat yg course nak diambik mestilah TEPAT tak kira la bagi lepasan spm ke stpm ke dip ke. . n tak sangka pulak tindakan aku betul bila dia cakap pilih 3 course yg ko minat n letak kat pilihan 3 teratas.

Meaning, jangan main letak jek. Pastikan dulu ko minat apa + kemampuan ko + ada peluang kerja then barulah susun 3 bijik course mengikut keutamaan ko sendiri. Contoh nye katakan la ko minat nak amek farmasi, fisioterapi, engineering n actuary science. Dah ko budak sc kan, mestilah demand. Ye dak? So susun la start dari course ko rasa minat sesangat ke course boley2 laa tahap minat tuu. Eg:

 1. Engineering
 2. Actuary Sc
 3. Farmasi
 4. ?
 5. ?
 6. ?
 7. ?
 8. ??

oke, pilihan 4-8 tu kira lantak je la nak bubuh hape pun. Dah orang upu sendiri cakap macam tu kan(fahaman aku).  So, kalau aku, aku memang ikut je. Hal minat ni pulak ada orang tak minat sekarang tapi bila da belajar n dah keje, minat tu datang dengan sendiri. Ada jugak yg tak minat langsung dari ari keputusan upu diumumkan sampai la dia paksa diri dia belajar pun dia masih tak minat2 dengan course tuh. Dalam kes kedua ni, sebab tu laa orang upu tu cakap kalau tak dapat course yg korang minat, pegi le sambung matrik. Nanti bila sampai masa nak sambung degree then baru la pilih course yg ko nak tuh.

Cikgu aku ada cakap law amek matrik n dapat pointer tak oke, kita akan dapat course lelong. Kawan aku pun cakap cam tu gak. So, sedih la kan? Sebab tu laa pulak aku nak cakap, ko amek la course hape pun, usaha tu yg penting.

Dah law ko tak dapat course ni masa ni, ko kena aim ko akan dapat jugak course ni masa deg nanti. Make sure ko akan dapat pointer tinggi2. And kalau aku sendiri la, kalau aku dapat course yg betul2 tak boleh blah macam medic ke *keh3 prasan aku memang pegi matrik la. Tak sanggup ! Ha lupa pulak aku da ubah nak amek dip plak. .tensen ko tau


KMK - one of my choices



Ko boley la dulu test dulu minat kerjaya kalau ko masih tak sure. Biasanya kaunselor akan buat test ni utk budak2 spm tapi kalo ko tak buat lagi atau masih kompius, sila layari laman web ni http://imascu.upu.mohe.gov.my/.

Selain mementingkan sistem meritokrasi ( result spm/stpm campo ngan mrkah koko) , pihak upu jugak akan proses permohonan kita dengan tengok result kita lepas tak syarat kelayakan n jugak bilangan tempat. N sebab tu jugak aku catat yg ni, pilih course yg orang tak pilih. Aku pening jugak mula2 n sampai sekarang aku tak tahu. Hoho. .

Maklumat lain yg aku conteng kt buku kecik :

 >  Course Microbiology hanya ada 60 tempat jek kat setiap ipta yg menawarkan course ni.

 >  Civil Engineering banyak tempat lagi. Ntah dye cakap cam tu,. aku tukang copy jek. .keh2

  >  Pengambilan pelajar akan ditingkatkan setiap tahun.

Aku neh sebok2 buat entry padahal aku tak isi lagi borang upu. Adeyy, sadis. . so korang, pikir la lek lok sebelum buat keputusan. Tak de hal ko nak tukar course masa belajar nanti tapi tak ke rugi jek yuran2 yg ko da bayar awal2 tu?

Entri ni mungkin ada kesalahan jugak sikit2. Pape hal, tanya terus pihak upu n jangan lupa rujuk kaunselor n orang2 yg berpengalaman macam mak ayah, kakak, abang, nenek. .eh? Oke bai.

March 16, 2012

Cara Centerkan Header Blog

Share

Assalamualaikum readers..

Masa mula2 aku buat belog ni dulu pn ak ad masalah yang sama jugak. Header senget lepas aku edit gadget width..header yang da ok da kt center tuh bleh pulak senget mcm nk x nak dah duk dalam belog neh.. aku pun try la cara ni..berjaya ! Haha. .suka hati sebab 1st time buat terus jadi..hehehe tah pape tah. .


erk, header ni mang sengaja disengetkan


Jadi, cara-caranya ialah.. ciss, cakap cam nak join master chep jek. .
okey2, skip that. Camni jew..

Korang pegi Design > Template Designer > Advanced > Add CSS

Ha pas tuh copy code kt bawah ni..

#header {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
}


then paste kat bahagian Add CSS tadi tu..

Dah siap paste, korang kena adjust semua 0px tu jd 35px.. biase nye 35px da okey..tp belog aku sendiri bukan semua 0 tu tukar jadi 35.. so, depends on template/background korang la ea camne..
Korang cuma kasi ejas cket2 biar buleh header tuh ada kt center.

Pas tuh, klik Apply to Blog. Dah siap! Boleh dihidangkn serta-merta kat follower korang.

~ credit to belog bro akal emosi



March 10, 2012

Bukan Khilafku

Share


Dinding yang penuh dengan grafiti yang agak menyesakkan pandangan mata itu ditelitinya. Dibacanya perkataan demi perkataan yang diconteng. Dari atas hingga ke bawah. Dia membengkokkkan kepalanya sedikit, membaca tulisan herot berdekatan dengan penjuru dinding.

“ Aku benci duk kat sini,” tuturnya. Kemudian barulah dia sedar bahawa ayat tersebut turut menjelaskan perasaannya juga.

“ Aku pun benci. Aku tak suka tinggal kat sini,” Dadanya diurut perlahan-lahan, sakit hatinya cuba ditenangkan dengan zikrullah. Matanya dipejam rapat-rapat.

***

“ Alhamdulillah.. kenyangnya Wan,umie. Hehehe..” . Puan Aza melirik senyuman ke arah anak lelaki tunggalnya itu.

“ Dah, pergi solat cepat. Tak baik tangguh-tangguh waktu,” arah seorang lelaki berkaca mata dengan pandangan yang serius. Kesemua anak pasangan Encik Harun dan Puan Aza segera mengatur langkah sebaik sahaja ditegur sebegitu. Sesungguhnya bapa kepada empat orang anak itu sangat tegas dalam mendidik zuriatnya terutama hal yang berkaitan dengan ukhrawi. Dia tidak mahu anak-anaknya mungkar dalam mengerjakan perintah Yang Maha Esa. Sering kali dia dihantui mimpi dihadapkan ke muka pengadilan yang sebenarnya, mengganggu lena tidurnya sejak akhir-akhir ini.

Manik-manik kecil mula membasahi tubuh tingginya. Titisan air dari hujung mata bercampur aduk dengan peluh yang menghujani diri.

“ Apa aku nak jawab..” hati kecilnya berbisik. Dia merenung masa lalu, menyesali salah dan silap yang telah dilakukan semasa diberi peluang dahulu. Benarlah kata pepatah Melayu yang mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pendengarannya tiba-tiba distimulus oleh suatu pekikan yang amat dasyat lantas dia menoleh ke arah belakang.

“ Maha Suci Allah, astaghfirullahazim!” Bilangan wanita yang tidak terkira jumlahnya memenuhi pandangan matanya. Masya Allah, rambut mereka sedang disimbah api ibarat dicucuri air! Setelah rambut mereka tiada dek dijilat api An-Nar, rambut yang baharu segera digantikan tetapi wajah-wajah itu masih kelihatan tidak bermaya, seperti mayat hidup keadaannya! Leher mereka digantung, tetapi mereka tidak mati. Kondisinya seperti mahu memanjangkan penderitaan, diseksa dan terus diseksa. Setelah rambut baharu tersebut tumbuh mengurai sehingga tercelup ke dalam laut api Neraka Jahannam, wanita-wanita itu berteriak lagi sehingga seluruh umat manusia menumpukan perhatian terhadap mereka.  Dia tunduk ke bawah, memikirkan apakah kesalahan wanita-wanita tersebut. Tiba-tiba suatu suara berkata dengan lantang sehingga membuatkan wanita-wanita tersebut berteriak lagi, hampir memekakkan telinganya.

“ Semasa kamu diberi kesempatan untuk hidup, kamu gagal menyiapkan diri untuk menghadapi hari pembalasan yakni kamu ingkar terhadap suruhan-Ku maka terimalah akan kamu azab yang nyata lagi pedih untuk dirasai. Rambut yang sepatutnya ditutupi hijab kamu persembahkan buat tontonan manusia maka saat ini, Aku persembahkan buat seluruh makhluk-Ku akibat kemungkaranmu terhadapku,” Dia begitu gerun mendengar suara Sang Pencipta. Lemah rasanya lutut untuk berdiri tegak lagi. Dia rebah ke bumi, sujud kepada-Nya.

“ Ampuni mereka Ya Allah!” seru sekalian manusia. Dia tidak dapat menahan lagi. Juraian air mata mengalir laju dari ekor matanya. Entah mengapa dia begini, sepertinya dia pun turut sama merasai penyeksaan itu.

“ Allahu Akbar!”

"Abang!” Dia terpinga-pinga. Suasana sepi. Hanya kedengaran lagu nasyid yang berkumandang di radio.

“ Kenapa dengan abang ni?”

“ Erk..kenapa apa? Tak ada apalah. Abang nak tengok anak-anak dahulu,” jelasnya yang tidak mahu isterinya tahu tentang dilemanya. Dilema? Bukan dilema barang kali tetapi suatu peringatan. Alhamdulillah, dia bersyukur kerana Allah memberinya petunjuk walaupun terpaksa memahaminya dengan cara ini. Dia mengakui,ditakut-takutkan adalah suatu kaedah yang bagus namun dia sendiri berasa ngeri.
Lelaki itu melabuhkan pinggulnya di sofa lalu menekan remote control televisyen. Dia menyandarkan diri rapat kepada sofa empuk itu dan menonton siaran berita.

“ Abah, jom kita ke masjid,” ajak Wan, anak sulungnya.

“ OK. Yang lain-lain tak nak ke masjid?” soal Encik Harun. Anak lelakinya itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan meluru ke serambi rumah. Encik Harun bingkas bangun lalu mencapai anak kunci kereta.

***

“ Assalamualaikum warahmatullah,” dia meraup muka dengan tangan kanannya. Dia melihat kiri dan kanan, memerhati sekelilingnya. Jemaah lain sedang berzikir tetapi dia kelihatan sangat gelisah seperti cacing kepanasan. Dia segera keluar dari masjid dan menuju ke bilik air.

“ Tadi lapan rakaat dah. Hurmm...” dia bermonolog di dalam hati. Sebenarnya pada rakaat ketujuh lagi dia ingin berhenti solat tetapi entah mengapa dia memaksa diri untuk menghabiskan rakaat yang kelapan. Dari tadi lagi dia menahan hajat yang terbuku tetapi dia memilih untuk bersabar sedikit waktu lagi.

“ Lambat lagi ni kalau nak tunggu abah habis. Adoi..jawabnya tidur kat sini dulu la aku,” keluhnya. Dia menguis-nguis batu-batu kecil di hadapannya dengan kakinya. Kunci kereta sudah tentu berada dengan Encik Zamri jadi harapannya untuk berbaring di dalam kereta hancur. Dia berjalan-jalan di sekeliling masjid,melihat jalan raya yang berhampiran. Waktu malam memang sinonim dengan penduduk bandar Tanah Merah yang gemar bersiar-siar tidak kiralah untuk ‘berbuka puasa’ buat kali kedua ataupun hanya keluar menikmati pemandangan malam. Kadang-kadang dia terfikir yang bandar ini sudah bertukar menjadi kota besar Kuala Lumpur.

“ Taklah besar pun tapi ramai orang sangat. Tak reti duk rumah ke?” hati kecilnya berkata-kata. Dia duduk di atas satu bangku lalu menongkat dagu. Satu nafas kencang dilepaskannya mengisyaratkan diri berada dalam mood yang teramat bosan. Biasanya kalau pada hari-hari biasa, dia akan duduk di meja belajar menghadap buku pada waktu ini. Buku rujukan Sains, Bahasa Inggeris dan Geografi adalah bahan bacaan wajibnya. Dia mengaku bahawa dia memang meminati mata pelajaran tersebut tetapi Geografi tetap menjadi sujek kegemaran yang paling utama. Fikirannya mula menerawang ke angkasa, memikirkan teori kejadian perubahan angin. Dia tersengih-sengih seorang diri selepas berjaya mengingati semua yang dibaca sebelum ini. Pappp!! Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang dari arah belakang. Dia hampir tersembam ke tanah dek tepukan yang agak kuat itu. Apabila menoleh, dia melihat lembaga hitam yang tidak mempunyai rupa berdiri di belakangnya.

“ Siapa pulak ni?” getus hatinya. Kedudukannya yang agak jauh dengan lampu menyukarkan dia melihat apa-apa di situ melainkan bintang di langit.

“ Wei, jom!” lembaga itu menarik tangannya dengan kasar sekali.

“ Eh kau ni sape ah. Bajet gangster la pulak,” marahnya sambil cuba melepaskan genggaman tangan lembaga itu dari pergelangan tangannya. Lembaga itu tetap berkasar dan mengheretnya 1 meter dari situ.

“ Wei lepas ah!” Tubuh lembaga itu yang besar menyebabkan dia masih tidak dapat meloloskan diri. Lembaga itu melepaskannya secara mendadak menyebabkan dia jatuh terjelepuk ke atas tanah. Dia mengerang kesakitan sambil mengusap-usap bahagian yang sakit. Kedengaran beberapa suara asing bercakap di belakangnya. Mengenai apa dia sendiri pun tidak pasti.

“ Wan!” panggil satu suara dengan lantangnya. Lantas dia menoleh. Cahaya samar-samar di tempat itu membuatkan dia mampu melihat orang-orang di sekelilingnya walaupun tidak berapa jelas. Seorang remaja lelaki yang agak gempal menghampirinya. Dia cuba mengecam wajah muda itu.

“ Zam?” Lelaki yang bersaiz XL itu tersenyum sambil membantunya bangun.

“ Erk.. kau ke ni Nizam?” soalnya lagi.

“ Aku la ni mangkuk. Kau dah tak kenal aku ke ar,” Kedua-duanya tersenyum lalu saling menepuk bahu masing-masing.

“ Kau.. kau nampak lain sangat. Bila masa kau jadi macam ni ar?” soalnya sambil ketawa mengekek. Tanpa disedari, soalan itu turut membuatkan orang lain ketawa.

“ Bangang punya kawan. Aku makan vitamin la, tak sangka pulak effect dia sikit punya besar,” Nizam cuba mempertahan diri sendiri. Dia malu kerana rakan-rakannya mengejeknya.

“ Vitamin patut kasi kau sihat, bukan kasi kau kembang la mengong. Hahahaha..” salah seorang dari kumpulannya pula mencelah. Tawa mereka berlanjutan sehingga Nizam berasa tertekan sendiri.

“ Dah la. Ni siapa yang heret aku tadi? Kau ke Zam?” soalnya tegas meleraikan tawa mereka.

“ Tak ar. Nape? Kau sakit ke?” soal Nizam kembali.

“ Eh tak sakit pun. Kan lepas kau heret tadi aku dah mati. Tu mayat aku, aku ni roh, kau tak nampak?” dia menyindir tajam kumpulan itu. Ketawa semua yang berada di situ berpadu sekali lagi.

“ Pandai kau buat lawak antarabangsa ya? Macam komik Ujang la pulak. Hahaha..  rilek la bro. Jangan marah-marah. Sebenarnya aku nak mintak tolong kau je. Dari tadi lagi aku duk perhatikan kau dan aku memang cam la kau ni Azwan. Sebab tu aku suruh orang jemput kau datang sini,” Nizam menjelaskan.

“ Jemput kau cakap? Amboi, ‘lembutnya’ cara kau jemput aku. Dah naik sengal tangan aku ni tahu tak,”

“ Sabar, sabar.. kita kan kawan dari kecil lagi. Takkan sebab tu je kita nak gaduh? Ni, aku ada hal sebenarnya nak mintak tolong,”

“ Hal apa pulak?” Dia berasa aneh, nak minta tolong tapi tiada adab langsung. Nak kata orang putih, gigi aje yang nampak putihnya.

“ Macam ni kawan, motor aku rosak la. Kau boleh tak pergi tolak sampai warung kat luar tu?” dia mula berasa hairan. Nizam mempunyai ramai kawan tetapi mengapa bantuannya yang diperlukan?

“ Kau jangan la tengok aku macam tu. Dorang ni tak boleh nak tolong sebab dorang kena balik, abang Si Lan ni accident. Tadi mak dia baru call, dia cakap abang dia tengah teruk sekarang, duk kat ICU katanya. Aku pun nak pergi sekali la ni nanti apa kata Lan pulak. Lepak sama-sama tapi bila dah ada kes camni, aku cabut lari. Kan Lan?” Nizam mengangkat kening kirinya kepada lelaki yang berada di sebelahnya.

“ A’ah la.. ok ar, kita orang gerak lu. Nanti kau tolong tolak motor EX5 warna merah dekat sana ek? Kau nampakkan motor tu dari sini?” soal Lan sambil meletakkan tangannya di sekeliling bahunya. Dia melontarkan pandangan ke hadapan, mencari-cari di manakah motosikal yang dimaksudkan oleh mereka. Dia mengangguk-angguk bila terlihat motosikal Nizam yang terletak dekat dengan deretan pasu bunga.

“ Habis tu siapa yang nak ambil nanti?”

“ Adik aku ar. OK, kau letak je ek. Aku dah bagitahu kat pemilik warung tu pasal nak tumpang letak motor. By the way, thank you eh,” Nizam mengucapkan terima kasih lalu pergi bersama-sama rakannya. Tanpa membuang masa, dia segera mendapatkan motosikal itu lalu menolaknya perlahan-lahan. Tanpa disedari, gelagatnya sedang diperhatikan oleh orang lain. Tiba-tiba tiga orang lelaki dewasa menghampirinya lalu mengilas tangannya ke belakang.

“ Eh, apa ni?” dia berasa terkejut kerana diperlaku sedemikian.

“ Kami polis. Kamu ditangkap atas kesalahan mencuri motor. Baik jangan fikir cara nak lari kalau tak nahas kamu,” salah seorang daripada lelaki-lelaki itu mengeluarkan arahan keras. Dua orang lagi sedang menunujukkan identiti diri mereka kepadanya. Ya, mereka memang polis.

“ Tapi encik, ini motor kawan saya. Dia suruh saya..”

“ Jangan cakap banyak. Ikut kami ke balai,” Penjelasannya segera dipotong. Dia tergamam. Balai? Denyutan jantungnya mula berdegup kencang. Peluhnya mengalir laju bagaikan tidak mahu berhenti. Dia tidak bersalah. Kenapa mahu membawanya ke balai polis pula?

“ Encik, saya tidak bersalah encik. Jangan bawak saya ke balai, encik,” Dia merayu sebak namun apakan daya, pegawai polis tersebut tidak mahu melayaninya. Sejurus kemudian, dia tiba di balai polis lalu diambil keterangan.

***

“ Bukan salah aku!” dia menjerit lantang menyebabkan banduan-banduan lain memandang tajam terhadapnya. Dia menangis dalam sepi. Keseorangan dan rasa terbiar. Dia ditahan di dalam lokap sementara menunggu hari perbicaraan kes di mahkamah. Panjang lebar dia menceritakan hal yang sebenar tetapi pihak polis tetap mahu menahannya.  Dia ditangkap atas kesalahan bersubahat dalam kegiatan mencuri mtosikal.

“ Ini tidak adil!” bentak hatinya. Dia teringatkan Nizam yang turut hadir waktu dia memberi keterangan. Pada mulanya dia girang kerana menyangka Nizam datang untuk menyelamatkannya tetapi sangkannya itu meleset apabila melihat gari di tangan sahabatnya itu. Sejurus selepas itu, empat lagi rakan Nizam dibawa masuk ke bilik keterangan. Semuanya bergari!

“ Bodoh!” dia mencaci diri. Rupa-rupanya Nizam dan rakan-rakannya bermain helah dan menipunya apabila menyuruhnya menolak motosikal tadi. Dia dan kawannya telah berpakat untuk mencuri motosikal di kawasan masjid itu serta beberapa tempat yang lain serta menyuruhnya menjadi kambing hitam. Impiannya dan rakan-rakan untuk makan duit haram berkecai apabila pihak polis berjaya menghidu perbuatan mereka hasil laporan seorang wanita.

Kini, dia ditahan dalam lokap yang berlainan kerana pihak polis khuatir dia akan menimbulkan perbalahan jika ditempatkan bersama Nizam dan yang lain-lain. Dia berasa amat bimbang dengan nasibnya, entah apa reaksi ibu bapanya apabila diberitahu mengenai perkara ini. Dia masih menunggu kehadiran abah dan umie untuk mengikat jaminnya tetapi apabila dalam keadaan sebegitu, dia bagaikan tidak sabar menunggu. Setiap kali warden lokap datang mengawasi setiap pesalah yang ditahan, dia segera menghampiri pintu lokap dan mengharapkan warden itu datang untuk memberitahu bahawa abah dan umienya sudah tiba. Tetapi hampa. Dia bingung, sudah lama dia ditangkap tetapi mengapa mereka tidak datang lagi.




Dia mengurut dadanya perlahan-lahan. Memang dia benci berada di sini.Dia memicit-micit kepalanya yang sakit. Sakit dengan dugaan dunia yang Allah sedang berikan. Dia bermuhasabah diri, ini memang satu ujian, ujian yang ingin menentukan sama ada dia adalah insan yang sabar ataupun tidak.

“ Ingat ya anak-anak, jangan lupa diri. Dari tanah kita datang, dari tanah jua lah kita dikembalikan. Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Nah, cuba sebut apa yang telah ustaz ajarkan tadi,” senyum insan tua itu. Semua murid yang berada dalam kelas fardhu ain itu mengulangi pelajaran yang telah dipelajari sebentar tadi.

“ Ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati,”

“ Bagus anak-anak. Muhammad Azwan, cuba kamu tafsirkan frasa lapang sebelum sempit,” ustaz itu sengaja mengajar modul pembelajaran yang lebih mencabar minda anak muridnya itu. Biar mereka jadi orang yang banyak mengeluarkan idea bernas. Sesungguhnya, anak-anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna asas yang bermutu iaitu panduan agama agar kain yang dihasilkan nanti tidak mudah tanggal warnanya apabila dibasuh kasar oleh permainan dunia, fikirnya.Dia bangun dengan yakin, cuba menjawab persoalan yang diajukan.

“ Maksud frasa lapang sebelum sempit ialah kita sebagai umat Islam hendaklah bersyukur apabila kita mempunyai waktu lapang dan kita perlu ingat bahawa hidup kita tidak sentiasa lapang tetapi ada kalanya sempit,iaitu ketika mengalami kesusahan,” dia mengulangi definisi yang pernah diajarkan oleh abahnya, Encik Harun. Dia tersenyum simpul apabila ustaz dan rakan sekelasnya yang lain bertepuk tangan kerana dia berjaya menjawab soalan itu. Usai solat Maghrib, Encik Harun sentiasa mengadakan perjumpaan keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengajar anak-anaknya mengenai agama. Dia bukanlah seorang pendakwah mahupun guru agama tetapi kasadnya hanya satu, dia ingin mentarbiah anak-anaknya dengan ilmu yang dia ada. Moga dengan apa-apa yang dididiknya, zuriatnya akan menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat.


“ Wan! Wan, umie datang ni, Wan!” lamunannya terhenti. Dia kenal suara itu.

“ Umie! Umie, keluarkan Wan dari sini umie,” rayunya pilu. Puan Aza sayu melihatkan anak lelakinya itu terkurung di dalam lokap, sendirian tanpa sesiapa.

“ Wan cakap betul-betul Wan, apa yang dah jadi sebenarnya?” Puan Aza memegang erat tangannya di celah pintu lokap.

“ Wan tak salah umie. Nizam yang perangkap Wan. Wan tak tahu yang semua ni kerja dia. Umie, keluarkan Wan umie. Wan tak nak duk kat sini umie,”

“ Ya Allah anak aku.. apa dah jadi sebenarnya ni Wan? Nizam tu siapa? Macam mana Wan boleh terlibat dengan mereka? Cuba Wan bagitahu umie elok-elok,” Puan Aza kelihatannya tidak jelas dengan maklumat yang diberikan oleh anaknya.

“ Zam, umie. Dia suruh Wan tolak motor orang lain. Wan tak sedar pun rancangan mereka,” percakapannya menjadi kelam-kabut. Dia ingin memberitahu semua yang terjadi kepada ibunya itu.

“ Zam? Zam mana ni Wan?” nama pendek itu pernah didengarinya tetapi dia lupa siapakah gerangannya.

“  Zam satu sekolah dengan Wan masa sekolah rendah dulu umie. Nizam Abdullah,” dia cuba memberi klu. Wanita itu mengerutkan dahi putihnya, cuba mengingati siapa yang Wan maksudkan.

“ Umie tak ingat ke Zam? Dia yang pakai cermin mata, yang selalu teman Wan main bola, yang..”

“ ..yang kurus??” Puan Aza mula mengetap bibir. Nafasnya menjadi tidak menentu. Dia ingat budak itu.

“ Dia buat apa kat Wan ni?? Tak guna punya budak. Pantang umie kalau ada orang cari pasal dengan keluarga umie tahu tak! Mana budak tu? Mana dia?”

“ Za, awak buat apa ni? Cuba bawak bersabar sikit,” Encik Harun datang menenangkan keadaan. Dia memeluk erat isterinya itu, beristighfar perlahan-lahan di telinga orang rumahnya. Puan Aza lemah dalam pelukan suaminya. Dia amat risau dengan keadaan anaknya. Semasa dia sedang menonton televisyen bersama anak-anak perempuannya, dia menerima panggilan yang begitu mengejutkan apabila diberitahu bahawa anaknya ditahan di balai polis Tanah Merah. Dia menelefon suaminya berkali-kali tetapi tidak diangkat. Perkara ini harus diberitahu suaminya. Setengah jam kemudian, setelah selesai mengerjakan solat tarawih 22 rakaat, Encik Harun meraba kocek baju Melayunya. Melihatkan begitu banyak panggilan yang tidak dijawab oleh isterinya itu, Encik Harun segera menelefon kembali Puan Aza. Setelah dikhabarkan dengan berita tidak baik tersebut, Encik Harun terus memecut laju keretanya ke rumah.

Lama mereka berdiskusi bersama pihak polis, ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Hasil perbincangan mengatakan, anak mereka tidak boleh diikat jamin pada malam itu juga sebaliknya perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu. Puas mereka merayu tetapi pihak polis tetap dengan ketegasan prinsip mereka. Ingin sahaja mereka memberi suapan tetapi apabila memikirkan risiko yang lebih besar bakal menimpa, mereka terus melupakan hasrat keji tersebut.
Puan Aza mengusap-usap rambut anak terunanya dengan penuh kasih sayang sambil menitiskan air mata sedih. Wan, anakku sayang. Kamu memang tidak bersalah. Umie kasihan melihat keadaan kamu macam ni, nak. Encik Harun yang hanya senyap sejak daripada tadi merenung pelajar tingkatan dua itu.

“ Wan, perkara dah jadi. Kita kena redha. Abah nak kamu jangan berdendam dengan dia orang tu. Kamu faham kan maksud abah?” bapa itu menggosok lembut bahu anaknya. Rupa-rupanya dia sedang meneliti perkara ini secara positif. Abah memang macam itu. Sejak menerima kaunseling keluarga, dia tekad untuk menjadi seorang yang optimistik. Kini, dia gemar menghabiskan masa yang terluang dengan membaca bahan bacaan falsafah. Kata abah, berfikir tentang hal baik sahaja tidak memadai sebaliknya kita perlu buat sesuatu perkara baik tersebut barulah hidup kita tidak sia-sia. Wan menganggukkan kepalanya. Dia faham benar kehendak orang tuanya itu tetapi dia sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari daripada api kemarahan setelah diperlakukan sedemikian rupa.

“ Doa orang yang teraniaya amat makbul dan mustajab sekali di sisi Allah s.w.t. Wan berdoa banyak-banyak, moga Allah benarkan Wan cepat keluar dari sini ya?” Encik Harun cuba menasihatkan. Wan mengangguk sekali lagi tanda faham.

“ Saya nak tidur kat sini malam ni,” kata Puan Aza. Encik Harun terkedu mendengarkan ayat tersebut lalu memeluk isterinya sekali lagi. Dia faham bahawa fikiran isterinya itu sangat terganggu sekarang.

“ Saya nak tidur kat sini, abang. Tolong benarkan saya temankan Wan,” Puan Aza merayu-rayu suaminya. Dia tidak sanggup membenarkan anaknya itu tidur seorang diri di balai polis ini.

“ Za, polis takkan apa-apakan dia. Pesalah lain pun takkan berani cederakan anak kita. Awak jangan risau, ya? Wan akan OK. Esok kita datang lagi. Sekarang, kita balik rumah dulu, ek?” pujuk lelaki yang bermisai jarang itu. Puan Aza menggelengkan kepalanya, dia tidak sudi balik ke rumah selepas apa yang telah terjadi.

“ Za, kita balik ya? Esok kita datang lagi jenguk Wan. Kalau awak terus kat sini, mana boleh kita nak cari peguam untuk Wan nanti. Kita balik rehat dulu. Esok kita cari peguam untuk Wan,” Encik Harun terus memujuk. Berat hati Puan Aza untuk meninggalkan anaknya tetapi apa yang dicakapkan oleh suaminya itu ada betulnya. Wan menyalami tangan umie dan abahnya sebelum mereka bertolak pulang ke rumah.

***

“ Macam mana ni? Dah tiga hari dah anak aku kat situ. Aku dah tak tahu dah nak buat apa. Aku pening tahu tak,”

“ Sabar Za, aku pasti mesti ada jalan penyelesaiannya. Kau sabarlah,” kata wanita yang berusia tiga tahun lebih daripadanya. Mereka berdua adalah rakan rapat semenjak Puan Aza dipindahkan ke sekolah itu. Hubungan baik mereka menyebabkan masing-masing tidak segan silu untuk menceritakan hal peribadi malah lebih memerlukan pendapat sahabat sejati pula.

“ Kau temankan aku pergi balai polis petang karang. Boleh?” pelawa Puan Aza.

“ Hurmm.. boleh aje tapi bawak la Ng sekali,” Puan Suraya mencadangkan.

“ Aku tak cerita lagi hal ni kat dia,”

“ Ala takpe. Nanti kau cerita la,” Puan Aza mengangguk-angguk. Ketiga-tiga mereka ialah guru dari sebuah sekolah di bandar ini. Selalunya mereka gemar berkongsi pendapat mengenai apa-apa sahaja tetapi disebabkan hal kali ini begitu peribadi, dia hanya berkongsi rasa dengan Puan Suraya terlebih dahulu.

***

“ What the?” Puan Ng terlopong mendengarkan penjelasan Puan Aza.

“ Is it true Kak Su? Haiyaa.. “ Puan Ng membulatkan matanya tanda tidak percaya.

“ Yes, it is and we are going to the police station now,” kata Puan Suraya. Puan Aza memeluk tubuh dan memandang ke bawah. Dia jadi malu sekarang. Dia berasa keputusannya untuk memberitahu Puan Ng adalah satu kesilapan.

“ Hey, I am so sorry about what has happened. Kita sama-sama fikir jalan nak bebaskan Wan OK,” Puan Ng senyum, cuba mengembalikan mood ceria sahabatnya itu. Puan Aza mengangguk perlahan, dia tidak mampu senyum lagi.

Wan sedang berbaring memikirkan alam persekolahan yang dia telah tinggalkan selama 3 hari. Dia rindu dengan kawan-kawannya terutama Faiz dan Izhan. Pasti mereka semua tertanya-tanya mengapa dia tidak hadir ke sekolah. Sebab yang paling klise ialah demam tetapi umienya datang malam semalam memberitahu bahawa dia sendiri yang memberi cuti kepada anaknya terhadap kawan-kawannya datang ke rumah mereka untuk menjenguk Wan. Dia faham bahawa umienya tidak tegar untuk menceritakan hal sebenar kepada orang lain.

“ Muhammad Azwan, kamu ada pelawat,” sebaris ayat itu mengejutkannya daripada lamunan lalu bergegas keluar selepas pintu lokap dibuka.

“ Umie..” dia kaget melihatkan umienya membawa orang asing. Bukankah ibunya tidak mahu sesiapa tahu tentang keadaannya?

“ Wan, Cikgu Suraya dan Cikgu Ng datang tengok kamu ni,” kata Puan Aza sambil membiarkan tangannya dicium oleh Wan.

“ Are you fine young man? How was it going?” soal Puan Ng. Wan senyap tanpa kata-kata. Dia tidak bersedia lagi untuk bercerita kepada orang lain. Puan Aza memeluk anaknya, senyumannya hambar, langsung tidak membantu membangkitkan suasana.

“ Kami dah cari peguam. Hari perbicaraan adalah esok. Doakan kami ya,” pinta Puan Aza.

“ Insya Allah, kami pasti membantu. Kau jangan risau,” kata Puan Suraya. Dia kasihan melihat dua beranak itu, tersepit di tengah-tengah. Manakan tidak, Wan tidak berniat pun mencuri tetapi dituduh sedemikian. Ya Allah, betapa fitnah mudah tersebar di muka bumi ini. Pada polis, ini bukanlah satu dosa besar sebaliknya satu tuduhan yang bersandarkan kepada evidens. Ya, evidens yang telah dikelirukan. Manusia memang gemar memutar-belitkan hukum Allah. Orang-orang di sekeliling pun akan mula bercakap-cakap, menokok nambah mana yang perlu sehingga adunan ceritanya menjadi lebih sensasi untuk dibualkan. Bukan dia mahu menjadi ustazah tetapi fikirannya yang Allah kurniakan ini memang patut digunakan untuk memikirkan ketidakadilan dunia dan berusaha mencari penyelesaiannya. Tetapi, bagaimana? Dia tiada kuasa untuk merubah peraturan duniawi. Dia hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Yang Maha Esa.

Pada malamnya, Encik Harun duduk berteleku di atas sejadah selepas mengerjakan solat Maghrib. Fikirannya tertumpu kepada anaknya yang telah ditahan. Resah hatinya kerana esok adalah hari yang paling penting untuk menentukan sama ada anaknya benar-benar bersalah ataupun tidak. Dia segera bangun, berdiri tegak dan mengangkat takbir. Dia ingin memohon kepada Allah agar menyelamatkan anaknya daripada bala.

***

“  Plaintif, Muhammad Azwan bin Harun telah ditahan kerana bersubahat dengan Nizam bin  Abdullah, Mohd Fakhrul Bin Naim, Zakrul Amsyar Bin Ishak, Rasyidul Hamidi bin Abdul Fattah dan Nik Hasif Ikhwan Bin Nik Azrul Hussain.  Mahkamah bersidang sekarang,” Puan Aza menggenggam tangan suaminya, rapat. Dalam diamnya, dia melafazkan basmallah, semoga Allah melindungi dan menyelamatkan anaknya.
Setelah setengah jam bersidang, hakim Mahkamah Rendah Tanah Merah memutuskan satu keputusan.

“ Dengan ini, mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan Muhammad Azwan Bin Harun dengan tanpa apa-apa  denda,” Puan Aza menitikkan air mata gembira kerana Allah memakbulkan permintaannya. Encik Harun menadah tangan dan bersyukur kerana anaknya telah dibebaskan akhirnya. Wan hampir melompat kerana terlalu gembira dengan keputusan yang diberikan. Alhamdulillah! Keluarga itu berpelukan dan tanpa segan silu mengucup dahi masing-masing.

“ Terima kasih umie, terima kasih abah sebab keluarkan Wan dari sini. Terima kasih sangat-sangat,” tanpa disedari manik-manik kecil dari ekor matanya mengalir laju di pipinya itu. Seorang wanita yang duduk di belakang tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah bahagia keluarga itu. Wanita itu berlalu dalam kondisi riang memandu keretanya ke sekolah, ingin memberitahu rakan rapatnya seorang lagi tentang berita yang menerujakan ini. Syukruna Ilallah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright©2012 by Schu Hada